Ahad, 30 Januari 2011
hari ini, semalam, kelmarin mungkin esok masih hujan.Ha bebudak sekarang takut nak main hujan. Demam katanya.Tapi ku lihat dah dua hari anak2 n sepupunya main hujan di laman. Alhamdulilah nampaknya. Memang seronok melihat mereka bermain hujan.Tetapi awas dan waspadalah apabila air mula naik. Ha ingat2 lah dengan barang2 yang mesti diselamatkan dan yang penting nyawa anak-anak kecil . Apa-apa pun bersyukurlah dengan rahmat Allah.
Jumaat, 28 Januari 2011
27 tahun telah berlalu kini kembali dalam ingatan. Hai teman ini hanya satu sahaja yang dipaparkan. Banyak lagi sebenarnya kenangan daripada tinta teman seperjuangan tahun 1983.Apabila kita berada jauh diperantauan dan terpisah daripada keluarga, maka teman-temanlah yang menjadi penghibur, tempat kita meluahkan rasa hati, menghabur segala rasa marah dan kecewa, mengharap kasih dan simpati selain daripada berserah kepada Allah. Hai indahnya masa di alam persekolahan ........... Ingin rasanya kembali ke alam itu tapi apakan daya.......... jangan nanti ada yang kata dah nyanyok pulak. hahahaha......
Rabu, 26 Januari 2011
Secawan air kosong dari sebuah cerek yang ditadah dari sebatang paip yang disalurkan dari loji air yang menadah air daripada curahan langit yang menangis dengan izin Allah. 3/4 bumi menakung air untuk kehidupan semua makhluk Allah, pabila tiba ketikanya Allah mengkehandaki maka terjadilah hujan dan banjir. Dimana-mana ........ banjir boleh berlaku kalau itu kemahuanNya. Bersyukurlah dan memohon ampunlah kepadaNya diatas segala nikmatnya dan kemurkannya.
ITULAH DIA
Hari ini Rabu 26.1.2011 Hahaha dah mula sakit kepala. Hujung bulan senarai kerja sudah menanti. k-in data NILAM, k-in nama murid tahun 1 mesti siap sebelum 1 Feb. dan lain-lain....... masalahnya PC buat hal.Nasib baik teknisyen n PKG Sayong cekap orangnya. Bantuan segera diberikan. Alhamdulilah kembali seperti biasa. Pasti sebelum 1 Feb kerja2 semuanya selesai.
Langgan:
Catatan (Atom)