Ahad, 27 Februari 2011

Hari Jumaat dan hari Sabtu yg lalu, gotong royong memindahkan perabut dari bangunan lama ke bangunan baru telah diadakan. melihat kudrat mereka ygn mengangkat perabut tu rasanya tak seimbang dengan tubuh badan mereka yang kecil-kecil. Tetapi itulah hakikatnya....... sebelum pukul 12 tengah hari semua perabut yang berat-berat berjaya dipindahkan ke tempat yang baru. Itulah dia semangat kerja bergotong-royong yang petut diamalkan sampai bila-bilapun. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang datang membantu pada hari Sabtu. Keikhlasan ibu bapa datang biarpun tanpa hidangan yang enak untuk kerja-kerja yang dilakukan. Terima kasih sekali lagi.

Sabtu, 5 Februari 2011


Cantik.
Memang cantik biarpun tak de bunga. Putih bersih sejuk mata memandang. Kita pun sama , pandai jaga diri dan keperibadian serta kuat iman ada ilmu dan pendidikan kita akan kelihatan cantik walaupun fizikal kita tu sekali pun tidak menarik perhatian orang.

Selasa, 1 Februari 2011

Alhamdulilah kering juga kain baju hari ini. Matahari terbit dengan terangnya dari pagi hingga tengahari. Dapat ku cabut rumput-rumput nakal dalam pasu-pasu bunga yg tingginya dah hampir sama dengan pokok bunga dalam pasu. Dapat juga ku kais dedaun yg ada dihalaman rumah. Kering juga kasut sekolah bebudak. Itulah rahmat Allah namanya. Hujan dan panas saling memerlukan dan diperlukan.