Selasa, 15 November 2011
Khamis, 27 Oktober 2011
Gambar akhir tahun 2011.
Terima kasih kepada semua Pengawas Perpustakaan khususnya pustakawaan tahun 6. Bantuan dan kerjasama daripada anda selama empat tahun berkhidmat di PSS SKSS amat saya hargai. Bawalah pengalaman di sekolah rendah ke sekolah menengah nanti. Jangan menolak tugasan dan amanah yang diberikan. Berkhidmatlah dengan jujur dan penuh dengan rasa tanggungjawab.Masih jauh dan panjang lagi langkah kalian, jangan disia-siakan dengan perbuatan dan amalan yang tidak berfaedah.

Jumaat, 30 September 2011
PROGRAM PSS
Rabu, 17 Ogos 2011
JULAI BULAN MEMBACA
Bulan Julai merupakan bulan membaca . Dikesempatan itu digunakan untuk mengasah bakat murid bercerita, bersyair, berpidato dan berani berhadapan dengan orang ramai. Dengan membaca murid ini berani untuk mencuba biarpun pada asalnya agak pemalu dan kurang berkayikanan diri. Kita sudah maklum dengan kelebihan membaca tetapi impak daripada membaca itu sendiri yang perlu kita teliti.
MERDEKA
Anak-anak yang dilahirkan selepas merdeka.
Tahukah mereka apa erti kemerdekan itu kalau kita yang terdahulu ini tidak menceritakan tentang sejarah ..... tahukah mereka menghargai kemerdekaan itu sendiri jika kita yang tahu ini tidak menyebarkannya kepada mereka. Kala ini ramai anak merdeka yang rngkar pada orang tua, tidak pandai menjaga hati dan perasaan sesama insan malah ada yang sanggup mencabut nyawa mereka yang mendidik dan menjaganya sedari kecil.
Ahad, 10 Julai 2011
Bulan puasa hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Hutang tahun lepas dah langsai ke belum........... dah
Rejab dah berlalu , berapa hari dapat............. Alhamdulilah mudah-mudahan diteriman olehNYA
Syabaan sudah masuk 9 hari, berapa hari dapat............ Alhamdulilah- mudah-,mudahan diterima.
Apa jua amalan dan berapa banyak kita lalkukan hanya Allah yang melihat dan mengetahui.
Ya Allah berilah kekuatan kepadaku supaya sentiasa menjadi hambamu yang taat dan tidak melakukan segala yang ditegah. Amin.

Ahad, 12 Jun 2011
SEDAPNYA
Boleh ambil banyak-banyak tapi jangan makan banyak-banyak.
Kelihatan sedap dan menyelerakan tapi awas risiko yang akan ditanggung sekiranya diambil berterusaan. Macam-macam bentuk dan warna yang boleh kita dapati di pasaran sekarang ni. Pilih je mana yang berkenan di hati dan jangan lupa bayar, Ni kek dari majlis perkahwinan Siti Hafizah dan M. Fateh dan kakaknya. Lihat kek nak belajar buat kek. Lihat langsir nak belajar buat langsir. Lihat roti nak belajar buat roti. Lihat bunga nak tanam bunga,,, heeeee semua nak. Tah mana satu yang menjadi gamaknya. Tu lah dia yang dikatakan manusia ni mempunyai kehendak tapi kena kawal ye.

Ahad, 5 Jun 2011
Khamis, 2 Jun 2011
Jamuan teriak
Kalau dah kata teriak tu, macam-macamlah yang ada. Laksa, pasta, mee, kuih, kuih basah , kuih kering, keropok dan jemput-jemput pun ada. Sorang sikit bawa jadi membukit lah pulak. Satu hal pulak nak habiskan. Penyudahnya bungkus je lah bawa balik kekawan punya biar semua dapat merasa. Ha tu dia kelebihan makanan teriak ni.
Isnin, 30 Mei 2011
Cerita seorang guru.
Cerita tentang kreativiti mereka yang bergelar guru. Kekadang menjadi tukang kebun, ada masa tu menjadi doktor boleh juga jadi mak tiri, pernah juga jadi tukang pomen , ada masa jadi PAR , yang seronoknya kekadang jadi artis dan orang seni.Semuanya untuk anak-anak muridnya.Kepada bekas guru yang mengajar diSKBB, SSA, Tun Habab dan MPTI terima kasih cikgu. Bila dah berada ditempat cikgu barulah diri tahu suka , geram,sedih dan pilunya seorang guru.
Rabu, 18 Mei 2011
Ya Allah ya Tuhanku, seandainya telah engkau catatkan dia miliku, tercipta buatku, dekatkan lah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan diantara kami agar kebahagian itu abadi. Dan Tuhan Yang Maha Pengasih, seringkanlah dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang engkau kehandaki. Amin Ya Robal Alamin.
Untuk Mohamad Fateh dan Siti Hafizah.
Untuk Mohamad Fateh dan Siti Hafizah.
Selamat Hari Guru .
Tahniah kepada semua teman-teman seperjuangan kerana sama-sama dapat menjayakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Ungkapan paling mudah " Hari kita, kita buat sendiri " itulah kalau di sekolah rendah. Tapi seronok dan meriah. Perjuangan kita mesti diteruskan dengan cara kita sendiri demi cinta kita pada dunia pendidikan , agama , bangsa dan negara. Ya semalam 18.5.2011 mencatat sejarah dalam hidupku, Azhar, Lena dan tiga orang pelajar lagi. Biarpun ke destinasi tak sampai tapi kami bersyukur kerana nyawa kami semua selamat tanpa mengalami kecederaan yang teruk. Tak pe lah tahun depan mungkin boleh pergi lagi.......
SELAMAT HARI GURU
16 Mei Disambut setiap tahun oleh mereka yang bargelar guru.
Adakala kita kita dicaci,
Kita dimusuhi,
Kita dimarahi,
Kita tidak dihargai tapi...
Kita kan tetap tersenyum walaupun dalam pilu,
Kita kan tetap melangkah biarpun hampir rebah,
Kita kan tetap tekun ikhlas dan sabar meskipun kekadang
hati tercalar dan maruah tercabar.....
"SELAMAT HARI GURU"
Guru Penjana tranformasi pendidikan negara.

Ahad, 1 Mei 2011
Bagaimana perasaan anda tertiba
menjadi kakak dalam keluarga
menjadi kekasih kepada seorang lelaki
menjadi tunangan orang
menjadi isteri dan menantu kepada seorang ibu
menjadi ibu kepada seorang bayi comel
menjadi nenek
menjadi ibu tunggal di penghujung hayat.......
gembira...
seronok.......
teruja......
bahagia.
sampurna.....
keinsyafan.....
bertawakal sahajalah.

1 Mei
Cuti....... hari ini semua yg bekerja cuti. Bagaimana dengan mereka yang bergelar surirumah sepenuh masa?. Gantung senduk dan periuk la...... ye ke? Rasanya masih lagi bekerja seperti biasa untuk mereka yang cuti hari ini. Bagaimana dengan wanita ygn bekerja......... cuti kerja di pejabat je kerja di rumah diteruskan. Itulah kelebihan kaum hawa yang dianugerahkan oleh Allah. Ikhlas melakukan apa sahaja demi kesejahteraan keluarga tercinta.
Hargailah kaum wanita, hargailah mereka yang bergelar ibu, hargailah mereka yang bergelar isteri ,hargailah perempuan yang bergelar kekasih . Jaga hati dan perasaannya. Tak perlu segunung intan dan berlian tak perlu janji manis untuk menawan hatinya. Percaya dan jujurlah dalam perhubungan.......... maka dia yang bergelar perempuan, kekasih, tunang dan isterri itu rasa disanjung dan dihargai.

Ahad, 27 Februari 2011
Hari Jumaat dan hari Sabtu yg lalu, gotong royong memindahkan perabut dari bangunan lama ke bangunan baru telah diadakan. melihat kudrat mereka ygn mengangkat perabut tu rasanya tak seimbang dengan tubuh badan mereka yang kecil-kecil. Tetapi itulah hakikatnya....... sebelum pukul 12 tengah hari semua perabut yang berat-berat berjaya dipindahkan ke tempat yang baru. Itulah dia semangat kerja bergotong-royong yang petut diamalkan sampai bila-bilapun. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang datang membantu pada hari Sabtu. Keikhlasan ibu bapa datang biarpun tanpa hidangan yang enak untuk kerja-kerja yang dilakukan. Terima kasih sekali lagi.
Sabtu, 5 Februari 2011
Selasa, 1 Februari 2011
Alhamdulilah kering juga kain baju hari ini. Matahari terbit dengan terangnya dari pagi hingga tengahari. Dapat ku cabut rumput-rumput nakal dalam pasu-pasu bunga yg tingginya dah hampir sama dengan pokok bunga dalam pasu. Dapat juga ku kais dedaun yg ada dihalaman rumah. Kering juga kasut sekolah bebudak. Itulah rahmat Allah namanya. Hujan dan panas saling memerlukan dan diperlukan.
Ahad, 30 Januari 2011
hari ini, semalam, kelmarin mungkin esok masih hujan.Ha bebudak sekarang takut nak main hujan. Demam katanya.Tapi ku lihat dah dua hari anak2 n sepupunya main hujan di laman. Alhamdulilah nampaknya. Memang seronok melihat mereka bermain hujan.Tetapi awas dan waspadalah apabila air mula naik. Ha ingat2 lah dengan barang2 yang mesti diselamatkan dan yang penting nyawa anak-anak kecil . Apa-apa pun bersyukurlah dengan rahmat Allah.
Jumaat, 28 Januari 2011
27 tahun telah berlalu kini kembali dalam ingatan. Hai teman ini hanya satu sahaja yang dipaparkan. Banyak lagi sebenarnya kenangan daripada tinta teman seperjuangan tahun 1983.Apabila kita berada jauh diperantauan dan terpisah daripada keluarga, maka teman-temanlah yang menjadi penghibur, tempat kita meluahkan rasa hati, menghabur segala rasa marah dan kecewa, mengharap kasih dan simpati selain daripada berserah kepada Allah. Hai indahnya masa di alam persekolahan ........... Ingin rasanya kembali ke alam itu tapi apakan daya.......... jangan nanti ada yang kata dah nyanyok pulak. hahahaha......
Rabu, 26 Januari 2011
Secawan air kosong dari sebuah cerek yang ditadah dari sebatang paip yang disalurkan dari loji air yang menadah air daripada curahan langit yang menangis dengan izin Allah. 3/4 bumi menakung air untuk kehidupan semua makhluk Allah, pabila tiba ketikanya Allah mengkehandaki maka terjadilah hujan dan banjir. Dimana-mana ........ banjir boleh berlaku kalau itu kemahuanNya. Bersyukurlah dan memohon ampunlah kepadaNya diatas segala nikmatnya dan kemurkannya.
ITULAH DIA
Hari ini Rabu 26.1.2011 Hahaha dah mula sakit kepala. Hujung bulan senarai kerja sudah menanti. k-in data NILAM, k-in nama murid tahun 1 mesti siap sebelum 1 Feb. dan lain-lain....... masalahnya PC buat hal.Nasib baik teknisyen n PKG Sayong cekap orangnya. Bantuan segera diberikan. Alhamdulilah kembali seperti biasa. Pasti sebelum 1 Feb kerja2 semuanya selesai.
Langgan:
Catatan (Atom)