Ahad, 1 Mei 2011

1 Mei

Cuti....... hari ini semua yg bekerja cuti. Bagaimana dengan mereka yang bergelar surirumah sepenuh masa?. Gantung senduk dan periuk la...... ye ke? Rasanya masih lagi bekerja seperti biasa untuk mereka yang cuti hari ini. Bagaimana dengan wanita ygn bekerja......... cuti kerja di pejabat je kerja di rumah diteruskan. Itulah kelebihan kaum hawa yang dianugerahkan oleh Allah. Ikhlas melakukan apa sahaja demi kesejahteraan keluarga tercinta.
Hargailah kaum wanita, hargailah mereka yang bergelar ibu, hargailah mereka yang bergelar isteri ,hargailah perempuan yang bergelar kekasih . Jaga hati dan perasaannya. Tak perlu segunung intan dan berlian tak perlu janji manis untuk menawan hatinya. Percaya dan jujurlah dalam perhubungan.......... maka dia yang bergelar perempuan, kekasih, tunang dan isterri itu rasa disanjung dan dihargai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan