Isnin, 30 Mei 2011

Cerita seorang guru.


Cerita tentang kreativiti mereka yang bergelar guru. Kekadang menjadi tukang kebun, ada masa tu menjadi doktor boleh juga jadi mak tiri, pernah juga jadi tukang pomen , ada masa jadi PAR , yang seronoknya kekadang jadi artis dan orang seni.Semuanya untuk anak-anak muridnya.Kepada bekas guru yang mengajar diSKBB, SSA, Tun Habab dan MPTI terima kasih cikgu. Bila dah berada ditempat cikgu barulah diri tahu suka , geram,sedih dan pilunya seorang guru.

Rabu, 18 Mei 2011

Ya Allah ya Tuhanku, seandainya telah engkau catatkan dia miliku, tercipta buatku, dekatkan lah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan diantara kami agar kebahagian itu abadi. Dan Tuhan Yang Maha Pengasih, seringkanlah dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang engkau kehandaki. Amin Ya Robal Alamin.

Untuk Mohamad Fateh dan Siti Hafizah.

Selamat Hari Guru .
Tahniah kepada semua teman-teman seperjuangan kerana sama-sama dapat menjayakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Ungkapan paling mudah " Hari kita, kita buat sendiri " itulah kalau di sekolah rendah. Tapi seronok dan meriah. Perjuangan kita mesti diteruskan dengan cara kita sendiri demi cinta kita pada dunia pendidikan , agama , bangsa dan negara. Ya semalam 18.5.2011 mencatat sejarah dalam hidupku, Azhar, Lena dan tiga orang pelajar lagi. Biarpun ke destinasi tak sampai tapi kami bersyukur kerana nyawa kami semua selamat tanpa mengalami kecederaan yang teruk. Tak pe lah tahun depan mungkin boleh pergi lagi.......

SELAMAT HARI GURU

16 Mei Disambut setiap tahun oleh mereka yang bargelar guru.

Adakala kita kita dicaci,
Kita dimusuhi,
Kita dimarahi,
Kita tidak dihargai tapi...
Kita kan tetap tersenyum walaupun dalam pilu,
Kita kan tetap melangkah biarpun hampir rebah,
Kita kan tetap tekun ikhlas dan sabar meskipun kekadang
hati tercalar dan maruah tercabar.....
"SELAMAT HARI GURU"
Guru Penjana tranformasi pendidikan negara.

Ahad, 1 Mei 2011

Bagaimana perasaan anda tertiba
menjadi kakak dalam keluarga
menjadi kekasih kepada seorang lelaki
menjadi tunangan orang
menjadi isteri dan menantu kepada seorang ibu
menjadi ibu kepada seorang bayi comel
menjadi nenek
menjadi ibu tunggal di penghujung hayat.......

gembira...
seronok.......
teruja......
bahagia.
sampurna.....
keinsyafan.....
bertawakal sahajalah.

1 Mei

Cuti....... hari ini semua yg bekerja cuti. Bagaimana dengan mereka yang bergelar surirumah sepenuh masa?. Gantung senduk dan periuk la...... ye ke? Rasanya masih lagi bekerja seperti biasa untuk mereka yang cuti hari ini. Bagaimana dengan wanita ygn bekerja......... cuti kerja di pejabat je kerja di rumah diteruskan. Itulah kelebihan kaum hawa yang dianugerahkan oleh Allah. Ikhlas melakukan apa sahaja demi kesejahteraan keluarga tercinta.
Hargailah kaum wanita, hargailah mereka yang bergelar ibu, hargailah mereka yang bergelar isteri ,hargailah perempuan yang bergelar kekasih . Jaga hati dan perasaannya. Tak perlu segunung intan dan berlian tak perlu janji manis untuk menawan hatinya. Percaya dan jujurlah dalam perhubungan.......... maka dia yang bergelar perempuan, kekasih, tunang dan isterri itu rasa disanjung dan dihargai.