Sampai di bilik guru ku lihat dua anak gadis kenit menangis tersedu-sedu seorang lagi hanya merah mata.Ditanya kenapa menangis.......... bertambah sayu ketiga-tiganya. Hatiku bertambah pilu kerana hanya tangisan menjadi jawapan.Diulang tanya kenapa menangis.........sambil teresak-esak dijawab.......esok cikgu Yana dan cikgu Aminah dah tak ada kami semua rindu padanya. Sambil mengurut dada aku tersenyum. Baru berapa bulan sekolah anak-anak pra ini sudah tahu erti kasih sayang dan rindu.Ku nyatakan kepada sigadis kenit belajar rajin-rajin nanti bela besar boleh jumpa mereka lagi. Esok pun masih boleh jumpa , minta saja alamat dan no telefonnya. Hahahah mereka ketawa dan berlari semula ke arah gurunya dan meminta alamat dan no telefon gurunya.......
Itulah kisah hari ini yang membuat ku terfikir 2 kali apabila melihat nasib bayi yang dibuang...
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan