Jumaat, 30 April 2010

Kalaupun sayang

Hari ini aku menghadiri jemputan perkahwinan di rumah teman berhampiran dengan rumahku. Ramai teman dan taulan yang berkunjung, hilang juga rindu pabila dapat bertemu dengan teman lama. Sambil menjamu selera terlihat aku situasi seperti petang semalam di sebuah bandar..........
Dek kerana sayang ditinggalkan anak yang masih kecil didalam kereta dengan enjin yang tidak dimatikan dan aircon yang dibiarkan on..... tinggal sayang sekejap ayah beli rokok. Satu minit kemudian si ayah kembali semula lalu membuka pintu kereta...malangnya berkunci. Tawap 3 kali namun si kecil tidak juga membuka pintu kereta.Aku dan seorang kakak yg keretanya dihalang oleh kenderan itu bertanya kenapa........Tiada suara hanya menunjukkan ke dalam kenderaan. Allahuakbar anak baru setahun main sendirian....berbagai usaha dilakukan termasuk mengumpan mainan dari luar namun masih gagal memujuk si kecil. Si bapa mula hangin dan malu tapi dapat disabarkan.Ku puji masyarakat di situ semua perihatin dan memberi kerjasama kepada sibapa. Dek kerana hari semakin petang aku tinggalkan tempat itu sambil berdoa semoga anak itu dapat dibantu.

Ku ingatkan diriku sendiri walau sayang mana sekalipun jangan dibiar anak bersendirian dalam kenderan samada dalam jaga atau tidur.Penat sedikit dukung apa salahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan