Ahad, 2 Mei 2010

Ahad 2.5.2010

Tidurlah anaku tidurlah esok kau akan dewasa....mmmm mmmm mmmm mmmmm mmmmm.
lailahahilah almalikul hakul mubin muhamadurasullah sodikul wadul amin .

Itulah antara lagu yang sering kedengaran takala menidurkan anak dalam buaian. Besar dan tinggi harpan ayahnda dan bona mahu menjadikan anak yang beriman. Diberi pendidikan, kasih sayang, teguran dan belaian manja bagi membentuk akhlak anak yang soleh dan solehah. Berkat didikan anak menjadi pujaan hati setiap mata yang memandang. Setelah berjaya, bercinta dan berumahtangga,berpindah dek menjalankan tanggung jawap terhadap keluarga , bangsa dan negara.........lahirnya zuriat terdengaralah kembali dendangan yang sama di telinga cucu kesayangan.

Hati ibu mana tak sedih ditinggal suami menghadap ilahi, namun ibu tetap tersenyum gembira kerana anak tak pernah lupa akan jasa.Dibawa mengunjungi makam nabi dan sahabat, teratak menjadi istana idaman, kesihatan dan kebajikan dijaga sentiasa oleh si anak. Bersyukur ibu kerana Allah tidak mungkir janji kecuali manusia yang sentiasa engkar.

Hari ini meratap hiba si anak tanpa pujukan dari si ibu. Ketentuan ilahhi siapa yang dapat menduga. Setinggi mana kita belajar, sejauh mana kita pergi, sebesar mana pangkat yang ada, selautan sekalipun harta kita........... kain putih juga pembalut badan, anak-anak yang soleh dan solehah juga yang menjadi harapan disamping sedekah dan amalan yang ditinggalkan ketika jasad kedingianan di liang lahad.Al fatehah buat Hajah Esah yang telah kembali kerahmatullah jam 1. pagi.

Takziah kepada keluarga Kamarudin Ahmad (jurufoto) dan isterinya Azura Zainal Ratin (wartawan TV3) diatas kematian ibunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan