Ahad, 8 Ogos 2010
OGOS BULAN MERDEKA
Bulan Julai terkenal dengan bulan membaca, kini bulan Ogos cukup sinonim dengan perkataan kemerdekaan.Tahukah kita erti kemerdekan? Kita yang lahir selepas merdeka ni rasanya kurang merasai apa yg telah dialami oleh mereka dizaman sebelum merdeka. Kemerdekaan kita tanpa pertumpahan darah. Memerlukan akal dan fikiran menanganinya. Setelah 52 tahun ...... marilah kita menjaga dan memelihara keamanan negara kita sepertimana pejuang negara kita harapkan.
Ahad, 2 Mei 2010
Ahad 2.5.2010
Tidurlah anaku tidurlah esok kau akan dewasa....mmmm mmmm mmmm mmmmm mmmmm.
lailahahilah almalikul hakul mubin muhamadurasullah sodikul wadul amin .
Itulah antara lagu yang sering kedengaran takala menidurkan anak dalam buaian. Besar dan tinggi harpan ayahnda dan bona mahu menjadikan anak yang beriman. Diberi pendidikan, kasih sayang, teguran dan belaian manja bagi membentuk akhlak anak yang soleh dan solehah. Berkat didikan anak menjadi pujaan hati setiap mata yang memandang. Setelah berjaya, bercinta dan berumahtangga,berpindah dek menjalankan tanggung jawap terhadap keluarga , bangsa dan negara.........lahirnya zuriat terdengaralah kembali dendangan yang sama di telinga cucu kesayangan.
Hati ibu mana tak sedih ditinggal suami menghadap ilahi, namun ibu tetap tersenyum gembira kerana anak tak pernah lupa akan jasa.Dibawa mengunjungi makam nabi dan sahabat, teratak menjadi istana idaman, kesihatan dan kebajikan dijaga sentiasa oleh si anak. Bersyukur ibu kerana Allah tidak mungkir janji kecuali manusia yang sentiasa engkar.
Hari ini meratap hiba si anak tanpa pujukan dari si ibu. Ketentuan ilahhi siapa yang dapat menduga. Setinggi mana kita belajar, sejauh mana kita pergi, sebesar mana pangkat yang ada, selautan sekalipun harta kita........... kain putih juga pembalut badan, anak-anak yang soleh dan solehah juga yang menjadi harapan disamping sedekah dan amalan yang ditinggalkan ketika jasad kedingianan di liang lahad.Al fatehah buat Hajah Esah yang telah kembali kerahmatullah jam 1. pagi.
Takziah kepada keluarga Kamarudin Ahmad (jurufoto) dan isterinya Azura Zainal Ratin (wartawan TV3) diatas kematian ibunya.

Jumaat, 30 April 2010
Kalaupun sayang
Hari ini aku menghadiri jemputan perkahwinan di rumah teman berhampiran dengan rumahku. Ramai teman dan taulan yang berkunjung, hilang juga rindu pabila dapat bertemu dengan teman lama. Sambil menjamu selera terlihat aku situasi seperti petang semalam di sebuah bandar..........
Dek kerana sayang ditinggalkan anak yang masih kecil didalam kereta dengan enjin yang tidak dimatikan dan aircon yang dibiarkan on..... tinggal sayang sekejap ayah beli rokok. Satu minit kemudian si ayah kembali semula lalu membuka pintu kereta...malangnya berkunci. Tawap 3 kali namun si kecil tidak juga membuka pintu kereta.Aku dan seorang kakak yg keretanya dihalang oleh kenderan itu bertanya kenapa........Tiada suara hanya menunjukkan ke dalam kenderaan. Allahuakbar anak baru setahun main sendirian....berbagai usaha dilakukan termasuk mengumpan mainan dari luar namun masih gagal memujuk si kecil. Si bapa mula hangin dan malu tapi dapat disabarkan.Ku puji masyarakat di situ semua perihatin dan memberi kerjasama kepada sibapa. Dek kerana hari semakin petang aku tinggalkan tempat itu sambil berdoa semoga anak itu dapat dibantu.
Ku ingatkan diriku sendiri walau sayang mana sekalipun jangan dibiar anak bersendirian dalam kenderan samada dalam jaga atau tidur.Penat sedikit dukung apa salahnya.
Cerita hari ini
Sampai di bilik guru ku lihat dua anak gadis kenit menangis tersedu-sedu seorang lagi hanya merah mata.Ditanya kenapa menangis.......... bertambah sayu ketiga-tiganya. Hatiku bertambah pilu kerana hanya tangisan menjadi jawapan.Diulang tanya kenapa menangis.........sambil teresak-esak dijawab.......esok cikgu Yana dan cikgu Aminah dah tak ada kami semua rindu padanya. Sambil mengurut dada aku tersenyum. Baru berapa bulan sekolah anak-anak pra ini sudah tahu erti kasih sayang dan rindu.Ku nyatakan kepada sigadis kenit belajar rajin-rajin nanti bela besar boleh jumpa mereka lagi. Esok pun masih boleh jumpa , minta saja alamat dan no telefonnya. Hahahah mereka ketawa dan berlari semula ke arah gurunya dan meminta alamat dan no telefon gurunya.......
Itulah kisah hari ini yang membuat ku terfikir 2 kali apabila melihat nasib bayi yang dibuang...
.
Langgan:
Catatan (Atom)